Monday, October 12, 2009

He....he...he...hik..hik by $^!!^@Rt33N

(Gambar hanya hiasan)

Kisah Seram di ICU,Bil telefon




  • Kejadian seram di wad ICU

Salah satu katil dalam bilik ICU kerap mengalami kejadian yang pelik.Setiap pesakit ditempatkan disitu pasti akan meninggal dunia setiap Jumaat pagi tanpa mengira umur jantina atau tahap kesihatan mereka.


Perkara itu membingungkan doktor lalu mereka memutuskan untuk memantau katil berkenaan.


Pada pagi jumaat berikutnya,beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil berkenaan.


Seorang pesakit lelaki tidur di katil misteri itu.


Masa berputar dari jam 7 pagi,8.30 pagi sehinggalah jam 9 pagi.


Tiba-tiba pintu bilik ICU terbuka dan kelihatan Makcik Bedah,seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya masuk bekerja setiap jumaat masuk.


Dia mendekati katil berkenaan,tiba-tiba dia terus mencabut soket elektrik yang dipasang alat bantuan pernafasan pesakit dan menggantikannya dengan plag vacum cleanernye......




  • Bil telefon melambung

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung.Si suami memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang mengenai perkara itu.


Suami: "Ini dah melampau.Gunakan telefon sesuka hati.Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah guna telefon tempat ayah bekerja."


Isteri:"Saya pun sama,saya guna telefon tempat saya bekerja."


Anak:"Oh maaf....saya gunakan SMS saja.Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga."


Amah:"Jadi apa masalahnya?Semua orang pun gunakan telefon tempat bekerja .Sama pun saya."












No comments:

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow