Tuesday, December 22, 2009

PERBAIKI AKHLAK ANDA DI HADAPAN ALLAH S.W.T

William James mengatakan:

"Tuhan memberikan keampunan atas kesalahan kita,namun organ saraf kita tidak pernah melakukan itu untuk selamanya."

     Ibn Al-Wazir dalam bukunya yang sangat terkenal ,Al-'Awashim wa Al-Qawashim, mengatakan bahawa  harapan terhadap rahmat Allah s.w.t akan selalu membukakn pintu harapan bagi diri seorang hamba, akan menguatkannya untuk melakukan ketaatan dan membuatnya semakin berlumba-lumba dalam melakukan amalan sunnnah dan bersegera untuk melakukan kebaikan.

     Ini benar,kerana tidak semua jiwa akan menjadi baik kecuali dengan mengingat rahmat,keampunan, taubat dan kesabaran Allah s.w.t.Ini kerana sikap Allah s.w.t yang demikian baik maka mereka pun mendekatkan diri kepadaNya,dan berusaha keras untuk melakukan kebaikan.

    Sematkan angan
    hingga mencapai bintang keberkatan
    Jadikanlah kerdipan kelopak matamu
    dalam kerdipan murah hati

    Bila hati meragu, segera jelaskan kepadanya
    bahawa digugusan galaksi
    sinar terang menerpa pagi.
   Bersiaplah
   menghadapi waktu dhuha selanjutnya.


BERFIKIRLAH SAMBIL MELAKUKAN
  
     Thomas Edison mengatakan:"Tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya."


     Pernyataan ini benar berdasarkan pengalaman.Ini kerana manusia apabila ketika sedang membaca atau menulis maka sebenarnya ia berfikir.Salah satu cara terbaik untuk menajamkan dan mengawal fikiran adalah melakukan pekerjaaan yang menyenangkan dan bermanfaat.Ini kerana orang2 yang menganggur adalah orang2 yang suka menghayal dan menyebarkan berita yang tidak jelas.
 

LUMRAH PERSAHABATAN

"Pertemuan yang tak terjangka,
perkenalan yang tiada sempadannya,
persahabatan yang begitu indahnya,
perpisahan yang tiada kira peritnya,
menjadi simbolik hadirnya insani,
yang meninggalkan kenangan pahit
dan manis dalam menyelusuri asam
garam kehidupan dalam berkawan,
meraih anugerah tuhan yang tiada
bandingannya dengan harta dunia..
kini,
perpisahan terjadi meninggalkan
kesan2 yang begitu mendalam demi mencari
keredhaanMu,ya Allah!
maka,
jadikanlah pertalian antara kami
tidak akan pernah putus hingga ke akhir hayat...

Sunday, December 20, 2009

Imbas kenangan dahulu


 
 Sekarang sudahpun memasuki tahun baru mengikut kalendar Islam iaitu .
1431.....


Kini tinggalah 2 Amanah sebagai kenangan,tak mungkin kita boleh mengulangi masa yang lalu...


Suka dan duka yang kita lalui semasa di tingkatan 2 menjadi pengajaran dan pengalaman yang berharga
kelak insyaallah....


Lepas ini,kita akan memasuki tingkatan 3,tak boleh lagi dah nak belajar sambil lewa...Ini kerana kita akan memasuki kemuncak bagi sekolah menengah bawah...Gud Luck For PmR To all our FrIenDs!!!!!


Kepada yang akan meninggalkan Smik Tahun depan
jangan lupa kami di sini......mungkin kalian akan lupa kami kerana kalian akan melalui suasana baru dan kawan baru tapi kami yang masih di takuk lama ini,tak mungkin akan melupakan kalian!


Kepada yang masih kekal di Smik tahun depan kenalah perbaharui diri untuk kawan2 yang berpindah ke sekolah lain ,harap dapat perbaiki diri  dan bawa orang lain kearah kebaikan.

Wednesday, December 16, 2009

inikah kita?



















hayatilah ia....
semoga kita semua sedar yang kita telah terlajak jauh...
hingga lupa akan tanggungjawab sebenar kita kepada islam...
islam di pijak! di hina!
tapi, di mana kita saat mereka memerlukan kita?
kita di mana?


kita masih bersenang-lenang dengan nikmat dunia yang sementara...
sedangkan saudara kita dibunuh beramai-ramai...




mari kita lihat perbezaan dunia kita dan dunia mereka...








bayi di sini... DIHINA!



bayi di sana... DISANJUNG!











pelajar di sini... MELEPAK!




pelajar di sana... MENDESAK!










semangat di sini.... BERHIBUR!





semangat di sana.... BERTEMPUR!










kemalangan di sini... LUMBA HARAM!




kemalangan di sana.... DI BOM!










sama-samalah kita renungi....
wallahu a'lam...




Friday, December 11, 2009

pesan roh kepada manusia...

apabila roh keluar daripada jasad,
ia akan berkata-kata dan seluruh
isi alam semesta sama ada di langit atau di bumi
akan mendengarnya kecuali jin dan manusia..

apabila mayat dmandikan,lalu roh bkata:
"wahai org yg mmndikan,
aku mminta kpdmu krna Allah,
utk mlpskn pkaianku scra p'lahan-lahan
krna pada saat ini aku sdg brehat drpd
seretan malaikat maut."

selepas itu,mayat pula bsuara sambil mrayu:
"wahai org yg mmndikn,
jgnlah engkau mnuangkan airmu
dlm keadaan panas,bgitu juga jgn
menuangnya dgn air yy dingin krna
tubuhku terbakar apabila terlpasnya roh
dari tubuhku.."

apabila dimandikan,skli lagi roh merayu:
"demi Allah,wahai org yg mmndikan
jgn engkau mnggosok aku dgn kuat krna
tubuhku luka2 dgn kluarnya roh dr tbuhku.."
setelah dmandikn dan dikafankn,tlapak kaki mayat diikatdan ia pun
mmnggil2 dan bpsan supaya jgn diikat terlalu kuat serta m'kafani kpalanya
kerna ingin mlihat wajahnya sdri,anak2,isteri atau suami buat kli takhir
kerna tidak dapat mlihat lg sampai hari kiamat..

sebaik kluar dri rumah lalu ia bpesan:
"demi Allah,wahai jemaahku,aku tlah mninggalkn
isteriku mjadi balu maka jgnlah engkau
mnyakiti mnyakiti nya.anak2ku tlah
mjadi yatim dan jgnlah klian mnyakiti mreka.
ssgguhnya hari ini aku tlah kluar dari rumahku
dan tidak akan pulang buat selamanya.."

sesudahnya mayat diletakkn di atas p'usung,
sekli lg dserunya kpd jemaah spya
jgn dpercptkn mytnya ke kubur slgi blm mndgr suara isteri,anak2,dan saudara
buat kli yg terakhir..

sesudah dibawa dan mlgkah sbnyk 
3 kali,roh pula bpsan:
"wahai kekasihku,wahai anak2ku,
jgn kmu dperdaya dunia
sebagaimana ia mperdayakn aku dan jgnlah kamu
lalai ktika ini spertimana ia mlalaikn aku.."
"ssgghnya aku mninggalkn apa yg tlh
aku kmplkn utk warisku dan sedikitpun mreka
tdak mahu mnanggung kslhnku.."
"adapun ddunia,Allah m'hisabku padahal kamu 
brasa snang dgn kduniaan.dan mreka juga tdak mhu mdoakan
aku.."

sebuah riwayat abi qalabah mngenai mimpi beliau
yg mlihat kubur pecah,lalu mayat2 keluar dan duduk di tepi kubur
masing2.bagaimanapun tiada seorg dr mreka memperoleh nur di muka mereka.
dalam mmpi itu,abi qalabah dapat mlihat jirannya dalam keadaan yg sama,
lalu dia bertanya kpd mayat jirannya mngenai ketiadaan nur itu,


maka mayat mjawab:
"sesungguhnya bagi mreka yg mperoleh nur adalah kerna petunjuk
drpd anak2 mreka dan teman2.sebaliknya aku mpunyai anak2
yg tidak soleh dan tidak pernah mdoakan aku.."

setelah mndgr jwpn mayat itu,abi qalabah pun terjaga.
pada malam itu juga dia mmnggil2 anak jirannya,
mncritakn ttg apa yg dmimpiknnya.
mndgr kpd cerita abi qalabah,anak2 jiran itu berjanji
akan mendoa dan bersedekah utk bapanya.
seterusnya tidak lama selepas itu,abi qalabah skli lg bermimpi
mlihat jirannya,bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur di mukanya
dan klihatan lebih terang daripada sang matahari.

baginda Rasulullah bersabda:
"apabila telah smpi ajal sseorang itu maka akan masuklah
satu kmplan kcil malaikat ke dlm lubang2 kcil dlm badan dan kmudian mereka
mnarik rohnya melalui kedua2 telapak kakinya shingga smpi ke lutut.
setelah itu dtg pula skumpulan malaikat lain masuk mnarik roh dari lutut hngga perut
dan kmudian mreka kluar.
datang lg skmpulan mlaikat lain masuk  mnarik rohnya dari prut hgga smpi ke dada kmudian
mereka keluar.dan akhir sekali,dtg lagi skumpulan mlikat masuk dan mnarik roh
dari dadanya hgga smpi ke kerongkong  dan itulah  yg dikatakn saat nazak
org itu.."
sambung Rasulullah lagi:

"kalau org yg nazak itu org yg beriman,maka malaikat jibrail akan mnebarkan sayap kananya
shinnga org nazak itu dapat mlihat keduduknnya di syurga.."

apabila org beriman itu mlihat syurga,maka dia akan lupa kpd org yg berada
di sekelilingnya.
ini adalah kerna rindunya pada syurga dan mlihat trus pandangannya kpd sayap jibril..

"kalau org yg nazak itu org munafik,maka jibrail akan mnebarkn sayap di sblah kirinya,
maka org yg nazak itu dapat mlihat kedudukannya di neraka dan org itu tidak lagi mlihat
org disekelilingnya,ini adalah kerna terlalu takutnya apabila mlihat neraka yg akn mjadi
tmpt tinggalnya.."


 "renung2kan dan selamat beribadah"







Wednesday, December 9, 2009

pesanan khas untuk teman2

2009 telah berlalu,meninggalkan banyak pengalaman...
sekarang kita mesti hadapi 2010
akan ada cabaran dan risiko yang perlu dihadapi...
kita akan hadapi halangan ...
jadi hendaklah kita sentisa bersedia...
berkongsi kegembiraan dengan sahabat2 yang laen.....
usaha menghadapi halangan....
dengan berhati2 dan cermat..
hadapi cabaran dan musibah...
jangan lupa ceria...
tolong menolong dan bekerjasama..
usaha mencari penemuan baru..
ilmu pengetahuan...
usaha mencari kawan baru..
bersedia..
kuatkan hubungan dengan allah dan yang lain..
perkukuhkan talian keluarga, adek beradek dan saudara mara
insyaAllah akan pergi lebih jauh lagi...
di puncak kejayaan..
mencapai kejayaan ...
lagi jauh..
lagi tinggi.. dan tinggi..
tapi..
jangan lupa orang di bawah..
jangan lupa menyayangi makhluk Allah yang lain...
jaga kesehatan, tiidur yang cukup...
relex juga perlu..
dan.. sayangi diri serta insan yang tersayang....

KISAH SITI ASIAH DAN SITI MASYITAH




Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.



Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.


Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.


Kemudian Fir’aun berkata:


“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”


Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:


1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.


2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas


3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.


4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.


Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.


Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.


Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.


Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.


Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata:


“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”.


Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir’aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir’aun dan Fir’aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata:


“Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya”


Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir’aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah. Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir’aun dan diberi pilihan iaitu:


(i) Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.


(ii) Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir’aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.


Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT. Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka.




Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu.




Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir’aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir’aun dan sanggup mati seperti Masyitah. Mendengar ucapan Asiah, Fir’aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir’aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran:




Maksudnya:


“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir’aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.


(Surah At-Tahrim: Ayat 11)


Demikianlah kisah Asiah dan Masyitah, semoga kita dapat mengambil iktibar dan mengikuti jejaknya, hingga kedua-duanya meninggal dalam keadaan iman yang teguh terhadap Allah SWT. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada keduanya. Amin….


Animated Flowers, Beautiful Flowers, Animated Graphics, Flowers, Roses, Keefers Pictures, Images and Photos
 













 

Wednesday, December 2, 2009

Khaulah adalah pejuang misteri itu...


Siapakah yang menerbangkan debu pasir,
dengan deruan kuda yang ditunggangnya,
Selendang yang menutupi wajahnya,
Menjadi pelindung hiasan indah dunia,
Halus jemarinya menghunus senjata,
Lembut tingkahnya bertukar perkasa...






Khaulah binti al-Azwar Al-Kindi seorang wanita yang berani, mempunyai sifat dan semangat pejuang yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Ayahnya Al-Azwar adalah seorang pahlawan yang terbunuh sewaktu mempertahankan rasulullah s.a.w..  Saudaranya pun adalah Dhirar bin Al-Azwar, seorang penunggang kuda yang terkenal. Khaulah dibesarkan di dalam keluarga mulia yang berani dan berwibawa. Maka tidak hairan jika sifat-sifat ini telah diwarisi oleh Khaulah.


Suatu hari khaulah telah keluar bersama saudaranya untuk menyertai tentera kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Khalid bin Al-Walid. Mereka sedang menuju Syam untuk menakhluki negara itu. Khaulah telah turut serta di dalam pertempuran itu.


Ketika pertempuran berlaku, panglima Khalid Al-Walid sedang memerhatikan seorang tentera berkuda yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Orangnya tinggi dan tiada apa yang kelihatan di wajahnya kecuali kedua matanya sahaja. Dia telah menutupi seluruh tubuhnya dengan kain hitam dan di kepalanya terdapat serban hijau yang dilabuhkan hingga ke paras dada. Dia selalu berada di hadapan, bertarung dengan cekap dan pantas di atas kudanya. Lagaknya seperti seorang lelaki yang melawan musuh dengan penuh keberanian. Dia siapa yang menyangka dia seorang wanita.


Khalid Berasa amat kagum dengan pejuang handalan itu. Dia bertanya kepada pejuang-pejuangnya, siapa gerangan penunggang kuda yang gagah berani itu. Khalid melihat pejuang berkuda itu menerkam tentera-tentera Rom ibarat api yang sedang membara dan merobohkan pertahanan musuh hingga tidak tersusun lagi pertahanan mereka.


Sejurus kemudian, lembaga itu hilang dari pandangan Khalid. Tidak lama selepas itu, dia muncul semula dalam kumpulan yang sedang bertempur itu dengan lembing di tangannya yang berlumuran darah, melawan terus askar-askar  musuh dengan begitu berani dan bersemangat. Khalid berasa kagum melihatnya. Hatinya berkata, entah berpa ramai askar Rom yang terkorban di tangan pejuang berkuda ini.


Pejuang berkuda itu menarik perhatian ramai. Salah seorang daripadanya ialah seoarang pejuang bernama Rafik yang menyangka si pejuang berkuda itu adalah panglima Islam, Khalid bin Al-Walid. Namun, apabila Khalid berada di hadapannya, barulah dia menyedari bahawa si pejuang berkuda itu bukanlah panglima Khalid Al-Walid. Lalu Rafik pun bertanya kepada Khalid, siapakah gerangan pejuang berkuda itu.


Berkata Khalid; "Demi Allah, aku pun dari tadi lagi memerhatikan pejuang berkuda itu. Aku sendiri tidak kenal, siapakah dia. Aku sungguh kagum dengan keberaniannya itu."


Rafik lalu berkata; "Sesungguhnya dia itu telah menjerumuskan dirinya ke dalam barisan askar-askar Roman dan terus menikam saja ke kanan dan ke kiri."


Kemudian Khalid memberi arahan; "Wahai kaum muslimin! Satukan pasukan kamu dan bantulah si pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!"


Dengan pantas, tentera-tentera Islam yang di pimpin oleh Khalid itu bergerak untuk membentuk satu pasukan dan mendekati pejuang berkuda itu. Pejuang itu berasa kagum dengan kerjasama yang diberikan dan terus bersemangat untuk terus menggempur askar-askar musuh itu.


Tentera Rom cuba mengejar pejuang itu daripada belakang. Tiba-tiba, pejuang itu berpatah balik dan menggempur mereka dengan kuat sehingga tentera-tentera Rom itu rebah satu persatu. Khalid dan tenteranya pula muncul dari belakang dan memberi tentengan yang begitu hebat sehingga semua tentera Rom dapat ditewaskan. pertempuran itu selesai dengan pihak islam mendapat kemenangan yang besar.


Apabila pejuang berkuda itu kembali ke barisan pejuang kaum Muslimin dengan seluruh tubuhnya berlumuran darah. Khalid al-Walid segera menyambutnya segera berkata : " Semoga Allah memberkati susu yang kau minum dari ibumu sebagai seorang pejuang yang mengorbankan darinya di jalan Allah dan menonjolkan keberaniaan di muka musuh! Siapa kau yang sebenarnya? Bukalah kain penutupmu itu!"


Pejuang itu berasa amat malu dan segera memalingkan tubuhnya. Seorang daripada pejuang Islam menyarankan agar dia memberitahu namanya, namun tiada kata-kata yang terluah daripada bibir pejuang bertopeng itu. Khalid hilang sabar seraya berkata, " Wahai pejuang, engkau telah menimbulkan kegalauan di pihak kaum Muslimin. Sungguh, aku juga sama seperti pasukanku. Adalah lebih baik andai engkau memberitahuku siapakah sebenarnya dirimu?"


Pejuang bertopeng itu mematikan langkahnya. Tangannya perlahan-lahan membuka hijab yang menutupi mukanya. Apabila tersingkap wajahnya di hadapan panglima tentera Islam, dia berkata, " Tiadalah aku melainkan seorang perempuan yang malu kepadamu, wahai Khalid al-Walid. Engkau adalah pemimpin tentera ini sedangkan aku hanyalah seorang wanita."


Terkedu Khalid. Rupa-rupanya pejuang bertopeng tersebut ialah seorang wanita!


"Siapakah namumu wahai wanita mulia?', soal Khalid.


"Namaku Khaulah binti Al-Azwar. Mulanya, aku bersama sekumpulan wanita sehinggalah datang khabar menyatakann saudaraku Dhirar ditawan oleh tentera musuh. Tiadalah tujuan lain keberadaanku di sini melainkan untuk membebaskan saudaraku itu." jawab Khaula, tegas dan yakin.


Mendengar jawapan Khaulah tersebut menyebabkan terbit rasa kekaguman dalam diri Khalid. Terharu atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh seorang perempuan, sanggup berdepan dengan maut semata-mata mahu menyelamatkan saudaranya. Khalid memuji-muji keberaniannya di hadapan tentera Islam.


" Kita akan menggempur tentera musuh sekali lagi. Marilah sama-sama kita berdoa agar saudara wanita dapat kita bebaskan atau kita meraih kemuliaan dengan syahid di jalan-Nya!"


Kemudian tentera muslim berkumpul dan menggempur saki-baki tentera Rom.  Amir Tufail berada di sebelah kanan Khalid al-Walid sedangkan Khaula berada di barisan hadapan. Khaula telah menghuru-harakan pertahan tentera Rom dengan serangannya yang bertubi-tubi.


Khaula terus bertempur dan bertempur. Pedangnya melibas ke kiri kanan, menetak sesiapa sahaja yang berada di laluannya. Sekali-sekala, dia akan keluar dari bulatan pertempuran, menoleh ke kanan dan kiri untuk mencari saudaranya. Namun, tidak kelihatan kelibat saudaranya itu.


Peperangan berterusan sehinggalah kemenangan berpihak kepada tentera Islam.


Sewaktu tentera muslimin sibuk mengumpulkan harta tinggalan perang, Khaula pula gelisah mencari saudaranya. Dia bertanyakan kepada setiap tentera tetapi tiada seorang pun yang melihat atau menjumpai saudaranya.


Khaula terduduk. Air mata mengalir deras di pipinya.


"Wahai abangku, dimanakah dikau? Di manakah mereka meninggalkanmu? Apakah mereka telah membunuhmu? Jika benar engkau telah tiada, di manakah terdamparnya mayatmu? Wahai abangku, adikmu disini datang untuk menebusmu! Adikmu berjanji akan memenggal leher-leher musuh demi membebaskanmu! Oh, apakah punya peluang untukku menatap wajahmu? Apakah kau juga mengikuti jejak ayah, yang syahid ketika mempertahankan baginda Rasulullah s.a.w? Andai begitu, sejahteralah ke atasmu dan moga kita bertemu di sana nanti."


Rintihan Khaula telah menarik perhatian kaum muslimin termasuklah Khalid.


Di dalam keadaan mereka yang sedang berduka itu, kelihatan sepasukan kecil tentera Rom mnuju ke arah mereka. Tentera Islam pun bergegas ke arah mereka dan mendekati mereka. Setelah mendekati mereka, didapati semua askar Rom itu tadi melucutkan peralatan perang mereka. Mereka telah menyerah kalah dan meminta perdamaian daripada pasukan Islam......







Monday, November 30, 2009

the best and the worst..

  • best award:appreciation                                                  
  • deadliest weapon:a tounge                                                
  • greatest asset:faith                                                           
  • greatest joy:giving                                                             
  • greatest loss:loss of self - respect                                      
  • greatest problem to overcome:fear                                     
  • greatest shot in the arm:encouragement                           
  • most beautiful attire:a smile                                                
  • most contagious spirit:enthusiasm                                      
  • most crippling disease:an excuses                                         
  • most dangerous person:a gossip                                           
  • most destructive habit:worry                                                 
  • most effective sleeping pills:peace of mind                          
  • most endangered species:dedicated leaders                             
  • most incredible computer:our  brain                                     
  • most powerful channel of communication:prayer                    

  • most powerful force:love               
  • most prized possesion:integrity        
  • most satisfying work:helping others
  • most worthleess emotions:self - pity
  • our greatest natural resource:our youth
  • two most powerful fulfilled word:i can
  • ugliest personalities:selfishness
  • best company: the holy al quran
  • worst company:privilege seekers
  • worst pastime:crimination
  • best thing to be without:jealousy
  • worst thing to be without:hope



Tuesday, November 24, 2009

know your skin..

stiap org mpunyai jnis klit yg bbeza,so kte knela knali klit kte..caranya..

  • basuh muka slame dan biarkn 30 minit,kmudian ltakkn shelai tisu pada stiap bhgian mke,hdung,kning,dagu dan pipi,phatikan bhgian mn tisu yg plig bmnyak,so mksdnye tmpt tu adlh oily point.

jenis2 kulit..

..kulit normal..

kulit jnis nih,biasenye mmiliki kndungan air dan mnyak yg seimbang,klembapan klit juge baik..
ukuran pori2 klit juge adalah sderhane.

kulit bmnyak

biasenye ditandai dgn klit wjh yg kasar,klit bmnyak dsbabkn oleh produksi klnjar mnyak
yg sgt aktif,pori2 bg klit yg bmnyak adalah bsar,oleh itu org yg bkulit bmnyk cenderung
kpd masalah jerawat.sel klit  yg mati juga akn klihtan lbih glap jika tdedah kpd udare luar dan akn mbentuk bintik2 hitam..

kulit kering

tekstur kulit kring biasenye nmpk kasar n flacky,klit jnis ini  cndrung klihatan kusam n suram
lubang pori2 bersaiz kecil,tnpa klmbpn yg cukup klit kring akn merekah.
tanda2 penuaan akn lbih jelas klihatan bbnding jnis klit yg laen..


kulit kombinasi

mrupakan kmbinasi antara klit kring n klit bmnyak dgn thp yg bbeza,
biasenye kwsn t iaitu kening,hdung n dagu  akn lbih bmnyak,
smntare kwsn pipi dan leher akn mjadi lbih kring.


"untuk mdapatkn klit yg shat,tdak bgntung kpd ksmetik yg dgunakn,ttpi kpd rwtn yg neutral"



















keep envy in check...


 
      "JADILAH SEPERTI AIR WALAUPUN DISEKAT NAMUN TERUS MENGALIR"
      
      "BERAMAL LAH DENGAN APA YANG KITA MILIKI"




1..people who obsessively compare their lives with the lives of others,often wind up feeling unlucky "org yg taksub m'bndingkan hdup mreka  dgn hdup org laen slalunya m'akibatkn dia slalu brasa tdak bnasib baek..

2.what looks ideal from the outside,in reality may not be ideal for u  "apa yg nmpk indah pade org laen,sbnrnya x smestinya baek utk kite...

3.stay focus on your own goals and dreams"tumpukn p'hatisan kpd matlamat dan impian diri sdiri...


"every person had their own good side and bad side,cause no one were purrfect"






Monday, November 23, 2009

mampukah aku...

mampukah aku menjadi seperti siti khadijah?
yang agung cintanya pada allah dan rasulullah, 
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillillah,
susah snang rela bersama...

dapatkah aku didik jiwa sperti siti aisyah?
isteri  rasulullah yg bijak,
pendorong kesusahan dan penderitaan,
tiada sedikit sukar dirasakan...

mngalir  air mataku,
mlihat pngorbanan putri solehah siti fatimah,
akur dalam stiap perintah,
taat kpd ayahndanya yg stiasa berjuang,
tiada memiliki harta dunia,
layaklah dia sbgi wanita p'hulu syurga...

ketika aku marah, 
inginku intip serpihan sabar,
dari catatan hidup siti sarah...

tabahkah jiwaku seperti ummi nabi ismail?!
menggendong bayinya yg msih merah,mcari air philang dahaga,
ditinggalkan suami akur..tiada sdikit bantah,
penharapannya hanya pada rabbyg m'cipta,
itulah dia siti hajar...

mampukah aku menjadi wanita solehah ?!...,
mati dalam keunggulan iman..
pusara b'sinar indah,harum tersebar,

...seperti pusara masyitah...



penawar hati kekasih allah,

Sunday, November 22, 2009

Santai (Mengenal mengikut psikologi)




















































Penggunaan bantal sewaktu tidur.



Memeluk bantal:

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera.Perasaan mereka halus dan berjiwa romantik.Kadangkala,ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku dalam mimpi.Mereka juga sangat prihati terhadap kesusilaan.

Menggunakan banyak bantal:

Mereka biasanya kurang keyakinan.Dalam hidup seharian,mereka memerlukan banyak pendamping.Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Tidur dengan satu bantal:

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan hawa nafsu semata-mata.

Meletakkan bantal di bawah kaki:

Mereka mempunyai sikap kurang baik.Mereka jarang bergaul dengan orang ramai,malah kaku dalam pergaulan.Ini menyebabkan mereka cenderung dengan sikap egois.Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita.Mereka tidak suka berusaha.

Tidur tanpa bantal:

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggal.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

TEPUK DADA,TANYA SELERA....Seseungguhnya tiada paksaan di dalam agama.














Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow