Tuesday, June 21, 2011

sorry blog...:( coz lame x update..hhu

Maryam: OKEYH!

Asmaa: jom solat dhuha!

Chut:lebyh baek tido dri online..huhu

Aunie:kite saaayyaaang korang.

Khaleeda: nk masak pe lepas ni??/

Hajar: SMKL..asrama die best,tapi sekolah die x best..-_-








Thursday, March 17, 2011

Cerpen:gubahan kasihNya (bab 6).....................by Hajar




Jarum jam tepat di angka 9. Malam masih awal. Keluarganya sedang asyik menonton rancangan SCI:Miami, di channel 701. Sophia sedang berehat di katilnya, tak berminat untuk menonton bersama.

Terdetik untuk membuka emailnya.








 

…
 









































“How are you? I’ve no longer hear your news .. Actually, I want to ask your opinion. I have a lover, love her badly. But, my family don’t allow our relationship.

Hey, talk about lover, there is something you need to know. Do you remember, Adam Noah wanted to say something to you during the farewell at the airport last year. Actually, he wanted to inform you that he had converted to Islam. This is because your personality has been making him attracted to the uniqueness of Islam.

Although he is aware that you will not receive him even though he had converted to Islam, he remained faithful waiting for you.

I tell you about this because I want to see the happiness of my good friends. Adam Noah shouldn’t know about this email. Or may be I should call his new name… Muhammad Adam Noah..

 Keep it secret, okey?”

Your faithfully; Matt Simon
[matt_PR@yahoo.com]

 













































Sophia terkejut membacanya. Takkanlah semudah itu..

Lama Sophia berfikir. Akhirnya, dia tersenyum. Tanpa disedari, air jernih mengalir membasahi pipi gebu Sophia. Lantas menutup komputer ribanya.

Sophia memejamkan mata. Cuba menenangkan kotak fikirannya.

Tanpa membuang masa, Sophia segera berwudhuk. Begitu besar kekuasaan Allah. Dia ingin sujud syukur sepuas-puasnya.


‘Ya tuhan kami, janganlah engkau tutup pintu hati kami setelah engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah ke atas kami rahmat dari sisimu.’ Doanya dalam sujud.



 -will be continued very soon -

Cerpen:gubahan kasihNya (bab 5)..........by Hajar




Setahun sudah berlalu bagaikan angin yang bertiup, kini Sophia bekerja di Hospital Putrajaya dalam Unit Forensik. Kerjayanya yang sibuk tidak menghalang dirinya untuk terus berhubung dengan bekas teman serumahnya, di United Kingdom.

Setahunya, Maria Al-Khalil kini sudah mendirikan mahligainya bersama-sama pemuda tanah airnya. Juga bekerja dalam bidang kejuruteraan. Aleeya Moon pula berhenti kerja dan sedang menyambung pengajiannya dalam jurusan Tafsir Al-quran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Leesa Xhe pula tidak kurang hebatnya. Dia kini bekerja di bawah syarikat keluarganya.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * *



Udara lembut menyapa kehadiran sang Suria. Makhluk-makhluk ciptaanNya mula bertebaran mencari rezeki. Sophia bangun menghadap jendela. Pagi yang sungguh indah!

Sophia baru menerima panggilan daripada Qistina. Qistina sudah seminggu pulang ke Malaysia. Dia ingin bertemu Sophia jam 10, di Maria’s Café yang terletak di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Sophia tersenyum sendirian. Tak sabar rasanya.

“Haih, bermimpikan si dia lagi ke?” Satu sapaan menyentak lamunan Sophia.

“Eh, merepek je. Sudahlah, akak nak bersiap. Pagi ini akak nak jumpa teman lama akak,” Sophia memeluk tuala mandinya, lalu menuju ke bilik air.

Isabella tersengih. Lalu turun ke dapur, sarapan pagi.



* * * * * * * * * * * * * * * * * *



Setibanya Sophia di Maria’s Café, Qistina sudah melambai-lambai dari meja makannya. Sophia mengukir senyuman. Makin menawan gadis kelahiran negeri Perak ini!

Sophia menyusuri meja-meja makan. Suasana di sini tenang. Tak ramai pelanggan.

“More cream please….” Satu tangan yang memegang secawan latte muncul betul-betul di hadapan Sophia. Tidak sempat mengelak, menyebabkan cawan latte itu jatuh. Pecah bertaburan. Latte di dalamnya pula terpercik pada kain Sophia.

“Kak Phia tak apa-apa??” Qistina bangun dari mejanya, mendapatkan Sophia.

“I’m fine.” Sophia memandang kakinya, memastikan tiada sebarang luka.

“Kak Phia..”

“It’s okey, Qis!” Sophia memandang Qistina. Pelik. Qistina tidak memandangnya, tapi tergamam melihat jejaka yang berdiri di hadapannya.

“Sophia?? Is that you??” Sophia tersentak. Mengalih pandangannya ke arah suara itu.

Dahinya berkerut sedikit. Jejaka itu berjambang. 

Tapi, mata !

Ya, Sophia tidak pernah lupakan mata biru itu.

“Adam Noah !” Sophia hampir menjerit. Mata biru itu tidak pernah menipu. Ya, dia memang Adam Noah !

Adam Noah tersenyum, gembira. Sophia makin jelita. Masa bagaikan terhenti seketika. Mereka bertatapan bagai tak ingat dunia.

“Papa!” Satu suara kecil memanggil, mematikan pandangan masing-masing. Sophia, Adam Noah dan Qistina mengalih pandangan mereka ke arah seorang budak perempuan. Comel sekali. Budak comel itu menyendeng di kaki Adam Noah, memandang tepat wajah Sophia.

Sophia sedikit terkejut. Tak sangka Adam Noah sudah berkahwin. Pasti isterinya secantik budak perempuan itu.

Adam Noah mendukung budak itu. “Introduced, this is Emma Abigail.”

Sophia menghulurkan tangannya, ingin bersalaman dengan Emma Abigail. Emma Abigail menyambut perlahan tangan Sophia. Lembut.

Sophia menghadiahkan senyuman, semanis mungkin. Namun, hatinya sakit. Sukar ingin menerangkan perasaan yang dirasainya sekarang.

Adam Noah perasan sesuatu. Cincin emas terhias indah di jari manis Sophia.

‘Adakah Sophia sudah berpunya???’
‘Apakah tiada ruang lagi untukku di hatimu??’ Saat ini, hati Adam Noah benar-benar hancur.



* * * * * * * * * * * * * * * *
To be continue..........


Cerpen:gubahan kasihNya (bab 4)...................by Hajar



Semester akhir sudah sampai ke penghujungnya. Cuti semester ini sudah menjelang. Dan penuntut-penuntut luar negara dibenarkan pulang ke tanah air masing-masing. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir bagi Sophia.

Sophia akan pulang ke Malaysia dua hari lagi. Tiket ke sana sudah dibeli. Barang-barang pula hampir siap dikemas. Tidak sabar rasanya ingin pulang mencium tanah lembap di bumi Malaysia yang tercinta.

Hari yang dinantikan tiba jua. Kini, Sophia berada di lapangan terbang UK bersama pelajar Malaysia yang lain. Turut hadir menghantar bekas pelajar tahun 4 Universiti Penryhn Road ini adalah Maria Al-Khalil, Qistina, Stella Schusters, Lindsay Cariey, Adam Noah dan Matt Simon.

Kapal sudah sedia mengangkut penumpangnya. Bagasi-bagasi pula sudah dipadatkan di dalam badan kapal terbang. Tiba masanya Sophia pulang. Dia bersalam-salaman dengan teman-temannya. Juga mengucapkan selamat tinggal kepada kawan baiknya, Adam Noah.

“Mana Youie?” Dari tadi Sophia tidak melihat batang hidung Yoo Hie.
“Er, Youie tak dapat hadir, dia cuma ucapkan selamat tinggal saja.” Kata-kata Qistina sedikit mengecewakan hati kecil Sophia.

Terasa berat kakinya untuk melangkah pulang. Hatinya bagai sudah berpaut pada bumi kelahirannya ini. Tetapi, Sophia benar-benar sudah dipagut rindu pada keluarga tercinta di sana. Air matanya tumpah bersama-sama ukiran senyuman yang tersirat 1001 perasaan.

Namun, hatinya sedikit sedih apabila Yoo Hie tidak hadir mengucapkan selamat tinggal. Mungkin dia ada hal.



* * * * * * * * * * * * * * *



Kapal sudah berlepas melepasi bumi penuh kenangan ini. Sophia melepaskan pandangannya ke bawah, hatinya menangis lagi. ‘Moga Allah pertemukan kita semula.’

Fikiran Sophia melayang memikirkan perbualannya dengan Adam Noah, semasa mengucapkan selamat tinggal tadi.

“Before you left here, there’s something I wanna tell you.” Adam Noah menutur perlahan. Sophia diam, menanti bicara Adam Noah yang seterusnya.

Adam memandang tepat wajah Sophia. Tak mahu melupai wajah jelitanya. Pandangan mereka bertembung. Sophia segera menundukkan pandangannya.

“First time I saw you, I had fallen in love with you.”Adam Noah menanti reaksi Sophia.

Sophia sedikit terkejut, tapi masih dapat bertenang. “I don’t know what to say..”

Sejujurnya, hati kecil Sophia sudah lama dicuri oleh Adam Noah. Tapi…

“I know, you can’t accept me because of our difference religion.” Ya, memang itu sebabnya. Adam Noah adalah penganut agama Kristian, sedangkan dia adalah seorang muslim.

“Before, I like you because of your personal interest, the way you get along with people and not just because you simply beautiful...!” Sophia masih membisu. Tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Adam jadi serba-salah untuk berbicara lagi.

“But now….”
“Sophia, its time to go!” Panggilan dari Maria Al-Khalil menyentak perbualan mereka.

Ligat fikirannya berfikir. Apa yang Adam ingin katakan?




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



Tiba di balai ketibaan tepat jam 3 petang. Sophia melangkah laju melepasi ruang bagasi selepas mengambil bagasinya. Dia tidak sabar ingin bertemu keluarganya setelah 4 tahun tidak bersua.

Langkahnya semakin laju apabila Isabella terpacul di hadapannya. Sophia mendakap erat-erat tubuh adiknya itu. Air mata gembira berlinangan antara mereka.

“Selamat pulang. Kak!” Sophia hanya mengangguk saja. Tidak terkata rindunya dia pada Isabella.

“Mari, ibu dan ayah ada di sana.”

“Mari.” Sophia dan Isabella menuju ke satu ruang menunggu. Dari kejauhan, ibu dan ayahnya melambai-lambai ke arah mereka. Sophia senyum dalam tangisan.

Tiba-tiba, telefon Blueberrynya berdering. Melihat nama yang tertera di telefonnya, Sophia tersenyum. Lalu menyapa pemanggil itu setelah menekan punat ‘accept’.

“Hello Youie. What made you call me?”

“No more Moon Yoo Hie, I’m Aleeya Moon now. I’ve converted into Islam.” Sophia ternganga sedikit. Adakah dia tersilap dengar? Yoo Hie memeluk Islam?!

“Subhanallah. You’re not kidding, right?” Sophia masih sukar untuk mempercayainya.

“I’m telling you the truth. Yesterday, I went to the Islamic centre and recite the syahadah in front of the jama’ah.” Sophia mengalunkan tahmid memuji kebesaran Allah. Ini adalah perkara yang paling membahagiakannya. Moon Yoo Hie atau nama Islamnya kini Aleeya Moon sudah menjumpai Tuhannya yang sebenar.

Maha Suci Allah yang memberi petunjuk kepada hamba-hamba yang diingininya.




* * * * * * * * * * * * * * * * * *
To be continue.......................


Cerpen:gubaan kasihNya (bab 3)............by Hajar


‘A grass blade flashed with a gleam
As it slashed open the moonbeam
And I stared back breathlessly
As mountains of fruit tumbled out
I barely had a chance to shout
A strawberry avalanche crash over me....’

Deringan telefon bimbit Blueberry Sophia mengeluarkan nada dering Owl City. Sophia segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg  Chloénya , tertera nama ‘Yoo Hie’. Sophia lalu menekan punat ‘accept’, dan kedengaranlah suara Yoo Hie di corong telefon bimbitnya.

“Phia, boleh kita jumpa?” Sophia mengerutkan dahinya. Pelik. Walaupun Yoo Hie sudah bekerja, namun setiap hari mereka pasti bersua kerana Yoo Hie salah seorang teman serumahnya.

“Youie tunggu Phia di Rick’s Café, jam 5 ini.” Yoo Hie yang memanggil dirinya Youie kelihatan gusar. Suaranya tidak semesra biasa. Mungkin dia ditimpa masalah. Sophia sudah mula risau. Sophia setuju saja. Lagipun petang ini dia tidak ada apa-apa aktiviti.




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




“Maafkan Youie, Phia.” Yoo Hie yang sedari tadi menanti kehadiran Sophia menggenggam kedua tangannya dan meletak di bawah dagu sebaik saja Sophia  tiba di meja makannya, di Rick’s Café. Yoo Hie kelihatan seperti orang yang sudah melakukan satu kesalahan besar saja.

“What is it, Youie?” Melihatkan keadaan Yoo Hie, Sophia menjadi sangat risau. Tanpa dijemput, Sophia melabuhkan punggungnya di hadapan Yoo Hie. Suasana di café ini tenang saja. Semua pelanggan sedang menikmati hidangan mereka. Masing-masing tidak menghiraukan drama yang berlaku antara Yoo Hie dan Sophia.

“Youie pinjam Al-quran Phia semalam. Maaf sangat, Youie tak minta izin Phia dulu sampaikan Phia runsing mencari Al-quran Phia. Ini, Youie pulangkan.” Al-quran tafsir berwarna coklat dikeluarkan dari beg galas Yoo Hie lalu dihulurkan pada Sophia.

Sophia tak tahu apa yang patut dituturkan. Sememangnya dia terkejut apabila mendengar penjelasan Yoo Hie. Anak kelahiran Korea Selatan ini membaca Al-quran? Memang sukar untuk percaya.

Selama takrufnya, Yoo Hie terkenal dengan sifatnya yang ceria, lemah lembut dan mudah untuk didekati. Dia tidak pernah berbual tentang agama sepanjang perkenalan. Tapi setahu Sophia, Yoo Hie sedang mencari tuhan. Dia pernah menganut banyak agama, namun, tiada satu pun yang menambat hatinya.

Adakah dia sudah tertarik dengan Islam?
Tapi, bukankah dulu dia pernah memeluk Islam?

Fikiran Sophia ligat memikirkannya. Membuatkan Yoo Hie tidak senang duduk. Menyedarinya, Sophia menguntum senyuman. “it’s fine. It’s not that I’m killing you for using my things.” Yoo Hie menarik nafas lega.

‘Hatimu sungguh bersih. Itu yang membuatkan aku ingin mengenali Islam sekali lagi.’ Monolognya sendirian. Dan kini dia memang tekad.

Benih-benih ukhuwah sudah mula mengeluarkan bunga-bunganya. Yoo Hie benar-benar sudah tertaut pada keindahan akhlak Sophia.




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




Malam makin gelap. Suasana di sini sunyi, kosong dan tandus tiada berpenghuni. Bulan dan bintang tidak memunculkan diri. Langsung tiada cahaya.

Yoo Hie termengah-mengah bagai dikejar sesuatu. Jantungnya berdegup kencang. Seram. Takut. Dia melihat di sekeliling, tiada sesiapa. Gelap.

‘Where am I??? ‘ Yoo Hie makin gusar.

Dia berlari lagi, mencari cahaya. Tiba-tiba kakinya terasa berat. Terlalu sukar untuk melangkah. Seperti ada yang menahannya, ketat.

Yoo Hie memandang ke bawah. Ular besar sedang membelit kakinya. Dia cuba membuka langkah, tapi belitan itu sangat kuat. Ular itu menariknya masuk ke dalam satu gaung yang teramat dalam.

Dalam ketakutan, Yoo Hie menjerit meminta tolong. Namun, usahanya sia-sia, tiada sesiapa menyahut. Yoo tidak berputus asa, dia memaut erat dinding gaung itu. Cuba bertahan. Tubuhnya habis lencun dibasahi peluh.

Ular besar itu menarik lebih kuat. Yoo Hie menangis ketakutan. Jantungnya kencang mengepam. Nafas tersekat-sekat. Hingusnya meleleh tak henti-henti. Tangannya sudah lemah. Tak mampu bertahan lagi.

Matanya dipejam.

Pasrah.

Tiba-tiba, angin menyapa lembut tubuh Yoo Hie. Tenang. Satu suara menggetarkan gegendang telinganya.










Maksudnya:
Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam [19]
Dan barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi [85]

Hati kecilnya benar-benar tersentuh. Yoo Hie membuka mata. Perlahan-lahan. Suara itu tidak kedengaran lagi. Dibawa pergi bersama angin lembut tadi. Senyap.

Ular besar yang sedari tadi membelit kakinya menarik lebih kuat, menyebabkan Yoo Hie terlepas dari pautan eratnya. Yoo Hie memandang atas. Menjerit sekali lagi.

Masa bagai terhenti. Seorang wanita menghulurkan tangannya kepada Yoo Hie. Wanita itu kelihatan bercahaya, bersih.

Senyuman yang terukir di wajah wanita itu membuatkan Yoo Hie turut tersenyum. Yoo Hie menyambut tangan wanita itu. Dan serta merta ular besar itu melepaskan belitannya.

“Sophia, I’m so scared!” Rupanya wanita itu adalah Sophia. Sophia didakap erat-erat. Sophia tidak bersuara. Yoo Hie melepaskan dakapannya.

Sophia menghulurkan sebuah kitab kecil. Yoo hie mengambilnya, lalu membuka kitab tersebut. Tertera di dalamnya, ayat yang baru saja Yoo Hie dengar. Surah Ali Imran ayat 19 dan 85.

Air matanya tumpah membasahi tanah. Yoo Hie memandang Sophia. Sophia sedang berjalan menuju ke satu cahaya, pergi meninggalkannya.

Gelap.

Yoo Hie membuka mata. Dia bermimpi lagi. Mimpi yang sama berulang lagi buat kali ke 5 setelah dia meminjam Al-quran milik Sophia.

Yoo Hie bangun dari pembaringannya. Matanya tidak mahu lelap. Dia melirik jam dinding, tepat pukul 4 pagi. Hatinya terdetik ingin meninjau Sophia di biliknya.

Yoo Hie menguak pintu bilik Sophia. Dilihatnya, Sophia sedang sujud, menyembah Tuhannya.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
 To be continue......................









Cerpen:gubahan kasihNya (bab 2).....by Hajar


Hari ini cuaca sejuk sekali. Sudah masuk musim sejuk. Tapi, tidaklah sampai mengganggu ibadah Sophia. Sophia sudah dapat membiasakan diri dengan cuaca di bumi kelahirannya, yakni United Kingdom.

Sophia yang biasa bangun qiam tidak menghiraukan kesejukan yang menusuk tubuhnya. Masa inilah Sophia mengambil kesempatan untuk memperbaiki hafazan Al-qurannya. Kehidupan di bumi Britain ini sangat sibuk. Langsung tidak ada masa untuknya beribadah panjang. Sebab itu, Sophia sanggup mengorbankan masa tidurnya semata-mata untuk beribadah sepuas-puasnya.

Pagi ini tidak seperti biasa. Niatnya untuk murajaah hafazannya tergendala. Sophia tidak menemui Al-quran tafsirnya. Seingatnya, dia letak di tempat biasa, iaitu di atas meja belajarnya. Tapi, tak ada pula hari ini.  Dia cuba bertanya Qistina, teman sebiliknya yang masih di ulit mimpi.

“Al-quran? Adalah atas meja studi Phia itu.” Qistina yang masih mamai kerana dikejutkan awal dari biasa tidur semula. Sophia mengeluh hampa. Ya, Qistina adalah pelajar Malaysia tahun 3, kuliah jurusan komputer.

Sophia tidak mudah berputus asa, dia mencari di ruang tamu, dapur dan  di bilik Maria dan Leesa. Tidak juga temui. Terlintas di fikirannya untuk masuk ke bilik Yoo Hie. Tapi, niatnya dibatalkan kerana dia yakin Yoo Hie tidak mungkin mengambil Al-qurannya. Ini adalah kerana, Yoo Hie adalah satu-satunya atheis  di dalam rumah ini.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



Sophia tiba di Eadweard Muybridge sedikit lewat. Tidak pernah dia berkelakuan begini. Apabila tiba di ‘scene of crime house’, Sophia segera mengetuk pintu. Kedengaran suara garau mengizinkannya masuk. Sekarang adalah masa kuliah prof. Eric Dalcon.

Pintu dikuak. “Forgive me, prof.” Sophia benar-benar rasa bersalah. Dingin sebentar. Semua pandangan tertumpu pada Sophia dan Prof. Eric. Siapa tak kenal prof yang paling tegas di Penrhyn Road ini. Prof Eric memang berdisiplin orangnya. Pantang pelajarnya lambat masuk kuliah, pasti akan diusir.

“First and last chance, Sophia! Now go to your group.” Sophia amat terkejut mendengarnya. Sophia mengukir senyuman. Terus menuju ke arah kumpulannya. Tidak mahu membuang masa.

Kuliah berakhir dengan sedikit sindiran untuk Sophia. Sekali lagi Sophia memohon maaf dan berjanji tak akan mengulanginya. Prof Eric hanya tersenyum. Nampaknya, hari ini mood prof. Eric baik. Bukan selalu dia membenarkan pelajar yang hadir lewat untuk mengikuti kuliahnya. Sophia dikira sungguh bernasib baik.

Pelajar sudah mula beredar. Selepas ini dia perlu menghadiri makmal pula. Segera mengemas buku-bukunya. Perutnya lapar dari tadi. Akibat lewat bangun, dia terlepas sarapan pagi. Masih ada 15 minit sebelum kuliah bermula. Sophia masih sempat ke kantin.

“Hi Sophia. You may borrow my note, if you want to.” Sophia menoleh ke arah suara itu. Berdiri di hadapannya dua orang mat saleh. Terukir senyum Sophia.

“Thanks Adam, but I can get a copy from Stella or Lindsay.”  Adam, atau nama sebenarnya Adam Noah merupakan teman baik Sophia di kolej ini. Sejak dari tahun pertama lagi. Mat saleh di sebelahnya pula dipanggil Matt Simon. Mereka berdua memang sudah lama menyimpan hati dengan Sophia.

Adam Noah sangat memahami Sophia. Sebab itu, jika ingin berbual dengannya, dia akan membawa teman sekali. Agar Sophia tak berasa kekok untuk berbicara.

Peristiwa lama menjengah kembali. Pertemuan pertama Sophia dengan Adam Noah memenuhi kotak fikiran Sophia.

Cuaca semakin hari semakin sejuk. Salji turun menutupi bumi Britain. Matahari yang setia memancar langsung tak memberi kehangatan. Kesejukan yang benar-benar mencengkam tulang.

Hidangan coklat panas bersama sepinggan roti sandwiches tuna menghangatkan tubuh Sophia. Kali pertama dia menjejakkan kaki di Mollie’s Café, Surrey, hatinya sudah tertaut pada keenakan coklat panas di sini. Semenjak hari itu, Sophia sering mengunjungi café ini hampir setiap hujung minggu.

Selepas puas menikmati coklat panasnya, dia menuju ke kaunter pembayaran. Sophia melepasi sebuah meja makan. “This taste suck!” seorang pemuda mengangkat cawan kopinya ke udara, minta diganti yang lain. Tiba-tiba tangan pemuda itu melanggar lengan Sophia menyebabkan air kopinya tumpah. Mengenai blaus Sophia dan lengan pemuda tadi.

“Shit!” Dia mengibas tangannya yang sedikit melecur akibat tumpuhan kopi yang agak panas.

“I’m very sorry miss, are you all right?” pemuda tadi menunjukkan riak risau di wajahnya.

“I’m fine. I’m the one who supposed to apologies. I didn’t see you.” Sophia mengelap bajunya yang basah terkena kopi. Pemuda tadi mengangkat keningnya sebelah. Pelik.  

“Either I miss heard you or you just said that you’re sorry..?”

“I’m sorry. That’s what I said just now.” tuturnya lembut. Pemuda itu tersengih. Lalu menyeluk kocek seluarnya, mencari sesuatu. Pemuda itu menghulurkan sehelai tisu pada Sophia, pantas Sophia menolak.

Segera meminta diri, langsung ke kaunter pembayaran. Sophia ingin segera pulang ke rumah sewanya. Nasibnya sedikit baik kerana dia memakai baju tebal hari ini. Tidaklah badannya melecur dek kopi panas itu.

Pemuda itu mengekori Sophia dengan matanya saja. Tak berkelip. Hingga Sophia hilang dari pandangannya. Pemuda itu mengeluh kecil. “She’s gorgeous!” teman di sebelahnya bersuara. Dia juga menyaksikan kejadian tadi.

“Yeah!” Pemuda tadi mengangguk-angguk. Sophia telah membuat hatinya tertaut. ‘Unfortunately, I didn’t know anything about her. Even her name!’ keluhnya.

Teman di sebelahnya menepuk-nepuk belakang pemuda itu. “You know what Adam, I kind of like her.” Pemuda yang dipanggil Adam, atau namanya Adam  Noah memandang tajam ke arah temannya.

“Hey, chill man, it’s just a joke!” temannya mengangkat kedua tangannya sedikit.

Pertemuan kedua merekalah yang membuahkan ukhuwah hingga sekarang.

Hari ini merupakan hari pertama bagi pelajar tahun pertama memulakan pengajian mereka di Universiti Penryhn Road. Udara hari ini sejuk seperti biasa. Matahari memancar terang mencairkan timbunan salji di jalanan. Pagi yang indah!

Sophia berjalan perlahan memasuki bangunan Eadweard Muybridge. Hari ini juga merupakan hari pertama baginya. Berdebar juga rasanya. Sebelum kuliah pertama bermula, Sophia duduk sendirian di ‘reading garden’ bersebelahan dengan ‘Learning Resources Centre’ untuk meneliti jadual kuliahnya. Suasana di sini agak lengang.

“Hi, may I sit here?” satu sapaan menggetarkan gegendang telinga Sophia. Sophia memandang pemilik suara itu. Berkerut dahinya sebentar. Cuba mengingati wajah bersih itu.

“Don’t recognise me??? The coffee? in Mollie’s Café..?” Adam Noah cuba mengingatkan Sophia. Pelik juga Sophia, bagaimana mereka boleh bersua kembali. Adakah dia juga pelajar di sini? Hmm, kecil betul dunia ini.

“Oh, sure.” Terkoyak senyum Adam Noah, lalu melabuhkan punggungnya berhampiran Sophia. Kerana terlalu dekat, Sophia menganjak sedikit. Lalu mengalihkan tumpuannya pada kertas jadualnya semula.

Adam Noah menghulurkan secawan kopi kepada Sophia. Sophia ragu-ragu untuk mengambilnya. Menyebabkan Adam Noah ketawa kecil. “Just take it. It will not spill again,” Ketawanya masih berbaki. Sophia tersenyum, lalu mengambilnya.

“I’m Adam, Adam Noah. What’s yours?”

“Sophia, Areesa Sophia.”

“What a nice name. So, what course are you taking?”

“Emm, Forensic investigation.”

“Great! We’re in the same boat.” Sophia jadi tidak senang duduk. Dia tidak biasa berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram. Apatah lagi dengan orang yang asing baginya.

Menyedari keadaan Sophia, Adam Noah lantas meminta diri dan memohon maaf sekali lagi atas kejadian 2 hari yang lepas.

Sophia sedikit lega apabila melihat Adam Noah sedang bergerak menjauhinya. Tapi, hatinya senang berbual dengannya.

Adam Noah amat sederhana orangnya. Berbadan agak sasa, berpakaian sentiasa kemas, mukanya yang bersih serta matanya yang agak kebiru-biruan menambah ketampanan wajahnya.

Dan dari sinilah bercambahnya ukhuwah antara mereka.

**************************************************

To be continue......









 
 
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow