Tuesday, October 13, 2009

Ashab Al- Ukhdud...


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan daripada Suhayb radiallahu anh bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya;




" Di zaman sebelum kamu, ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; 'Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang ghulam (remaja) untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.'






Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya. Di perjalanan menuju kepada ahli sihir, terdapat seorang rahib (penganut agama yang zuhud dan memencilkan dirinya serta menghabiskan waktu dengan beribadat. Dalam hadith ini, rahib ini turut berperanan sebagai da'i yang memperjuangkan 'aqidah yang benar). Maka ngulam telah bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan begitu tertarik dengannya.






Setiap kali ngulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, maka dia dipukul lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib.


Rahib menjawab; 'Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah, keluargaku menyebabkan aku terlewat. Apabila kau takut kepada keluargamu, maka jawablah, ahli sihir menyebabkan aku terlewat.'






Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai.


Ketika itu, ghulam tersebut berkata: 'Pada hari ini, aku akan mengetahui siapakah yang lebih afdhal... Sama ada rahib atau ahli sihir!'






Maka dia mengambil seketul batu lalu berdoa: ' Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Engkau sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini agar orang ramai dapat lalu lalang.'


Dia pun melontarkannya, maka matilah binatang tersebut dan orang ramai pun dapat lalu lalang.






Ghulam menceritakan perkara tersebut kepada rahib.


Maka rahib berkata: 'Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdhal dariku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai pada satu peringkat. Kamu akan diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang diriku.'






Ghulam tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta semenjak lahir, sopak dan dia turut mengubati beberapa penyakit lain.






Seorang pembesar kerajaan yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah kemahiran ghulam. Beliau adalah seorang buta. Mendengar sahaja mengenai berita perihal ghulam, beliau lalu mendatanginya dengan membawa hadiah yang banyak.






Beliau berkata: 'Semua yang aku kumpulkan ini adalah untukmu, sekiranya kamu dapat menyembuhkan mataku.'






Ghulam berkata:' Aku tidak boleh menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Jika kamu beriman, aku akan berdoa kepadaNya, maka dia akan menyembuhkan kamu.'






Mendengar dakwah ini, pembesar ini pun beriman, maka Allah menyembuhkan penyakitnya. Apabila matanya sudah sembuh, beliau kembali mendatangi majlis raja. Beliau duduk disisi raja sebagai mana sebelumnya.






Raja berkata kepadanya:'Wahai fulan, siapkah yang telah mengembalikan penglihatanmu?!'






Beliau menjawab:' Tuhanku.'






raja bertanya lagi:' Apakah kamu mempunyai tuhan selain diriku?'






Beliau menjawab:'tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.'






Jawapan ini telah menyebabkan beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan mengenai ghulam. Maka ghulam pun dibawa mengadap.






Raja berkata kepadanya:' Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu telah sampai ke peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai lagi yang kamu lakukan.'






Ghulam menjawab:' Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.'






Maka dia pun diseksa. Dia terus menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib.






Maka rahib dipanggil lalu dikatakan kepadanya: 'Tinggalkan agamamu'.






Rahib enggan berbuat demikian. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah2 kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Kemudian dibawa si pembesar raja,






dan dikatakan kepadanya: 'Tinggalkan agamamu.' Dia enggan lalu digergaji kepalanya hinggalah tubuhnya terbelah dua.






Selepas itu, ghulam pula dibawa dan dikatakan padanya: 'Tinggalkan agamamu.' dia enggan lalu dia diserahkan pada sekumpulan tentera raja.






Raja berkata: 'pergilah kamu semua membawanya kebukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika ia meninggalkan agama nya, maka jangan apa-apakan dia, jika tidak, maka campakkanlah dia.'






Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.


ghulam pun berdoa: 'Ya Allah, selamatkanlah diriku dengan apa cara yang engkau sukai.'






Sebaik shaja berdoa, bukit itu telah bergoncang dan mereka yang membawanya terpelanting jatuh semuanya.Ghulam pun pulang untuk menemui raja.






Raja berkata kepadanya:' Apakah yang terjadi kepada orang2 yang membawamu?!'






Ghulam menjawab: 'Allah telah menyelamatkan diriku daripada mereka.' Ghulam kemudian dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain.






Raja memberi arahan: 'Pergilah kamu semua membawanya ke sampan, bawalah ghulam ini ke tengah lautan. jika dia meninggalkan agamanya, maka jangan apa2kan dia. jika tidak, campakkanlah dia ke laut.'






maka mereka pergi membawa ghulam. lalu dia berdoa: 'Ya Allah, selamatkanlah diriku dengan apa cara yang engkau sukai.'






Sebaik sahaja berdoa, sampan itu terbalik dan tentera pun tenggelan kesemuanya. ghulam pulang untuk menemui raja.


raja berkata kepadanya: 'apakah yang terjadi kepada orang2 yang membawamu?!'






dia menjawab: 'Allah telah menyelamatkan diriku daripada mereka.'






kemudian dia berkata kepada raja: 'Sesungguhnya, engkau tidak boleh membunuh aku sehinggalah engkau melakukan apa yang aku suruh.'






raja berkata: 'apakah perkara itu?!'






ghulam menjawab: 'Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, dan kamu salibkan au pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak panah daripada bekas pemanahku dan letakkannya pada busarnya. Selepas itu, sebutlah: 'Dengan nama Allah, tuhan ghulam.' dan panahilah aku. Sekiranya kamu melakukan yang demikian, kamu boleh membunuhku.






maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada batang pokok, kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan meletakkan pada busarnya lalu berkata: 'dengan nama Allah, tuhan ghulam.' sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut kene pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan tangan pada tempat terkene panah dan meninggal.






Orang ramai pun berkata: 'kami beriman dengan tuhan ghulam'.






Maka dikatakan kepada raja: 'Apaah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti?! Sesungguhnya demi Allah, ia telah menimpa tuanku. orang ramai semuanya telah beriman.' raja lalu memerintahkan supaya digali parit dan nyalakan api.






raja berkata: 'sesiapa yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.'






mereka pun melaksanakan perintahnya. Sehingga datang gilirang seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Ketika itu, bayinya berkata: 'Wahai ibu, bersabarlah. Sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran.'





Monday, October 12, 2009

He....he...he...hik..hik by $^!!^@Rt33N

(Gambar hanya hiasan)

Kisah Seram di ICU,Bil telefon




  • Kejadian seram di wad ICU

Salah satu katil dalam bilik ICU kerap mengalami kejadian yang pelik.Setiap pesakit ditempatkan disitu pasti akan meninggal dunia setiap Jumaat pagi tanpa mengira umur jantina atau tahap kesihatan mereka.


Perkara itu membingungkan doktor lalu mereka memutuskan untuk memantau katil berkenaan.


Pada pagi jumaat berikutnya,beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil berkenaan.


Seorang pesakit lelaki tidur di katil misteri itu.


Masa berputar dari jam 7 pagi,8.30 pagi sehinggalah jam 9 pagi.


Tiba-tiba pintu bilik ICU terbuka dan kelihatan Makcik Bedah,seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya masuk bekerja setiap jumaat masuk.


Dia mendekati katil berkenaan,tiba-tiba dia terus mencabut soket elektrik yang dipasang alat bantuan pernafasan pesakit dan menggantikannya dengan plag vacum cleanernye......




  • Bil telefon melambung

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung.Si suami memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang mengenai perkara itu.


Suami: "Ini dah melampau.Gunakan telefon sesuka hati.Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah guna telefon tempat ayah bekerja."


Isteri:"Saya pun sama,saya guna telefon tempat saya bekerja."


Anak:"Oh maaf....saya gunakan SMS saja.Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga."


Amah:"Jadi apa masalahnya?Semua orang pun gunakan telefon tempat bekerja .Sama pun saya."












Sunday, October 11, 2009

KiS@H SITi FaTiMaH r.a

( Gambar hanya hiasan)

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.


Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Wednesday, October 7, 2009

^^emoR! L@lu~ By~SmaRTeeN

Sedap kek ini,ditempah khas blueberry^^


Pada tanggal 21 ogos yang lalu iaitu sehari sebelum cuti persekolahan bulan
ogos... atau senang cerita sehari sebelum 1 ramadhan, kelas 2 Amanah menyambut jamuan hari jadi tiga orang sekawan yang tarikh hari jadinya berderet....hehe




Lepas kita orang potong kek hari jadi sambil menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu",
kita orang pun bergurau-guraulah...apa yang kita orang guraukan hehe....adalah, kita lihat sajalah...



Kalau kami adakan majlis macam ni memang tak lupa bawa camera....
Jadi, semua orang pun seronoklah berposing sana sini lepas sambutan hari jadi tadi....











Ada yang main suap-menyuap keklah....itu o.k lagi tapi yang k.o nya main calit menyalit krim kek tu.....




Lihatlah jari Nafisah yang masuk dalam mulut
Asma' mengeratkan lagi ukhuwah^^...




tAK SIAP AGI NI TGH MALAS....BANYAK LAGI CERITA NYA...

Saturday, October 3, 2009

MaRi TeNangkan MinDa Sebelum PepeRiksaaN^^by Smarteen7


mari kita perhati semua jenis bus stop yang ada di dunia... enjoy it!!





Hebat ni...tapi gambarnya x faham sangat!



















dah berkarat ni tapi still nampak hebat.













Ada ke bas berhenti kat cni???????????????











Relax saja tunggu bas....









Panas ni...kalau burung tu kibar sayap,sejuk sikit!











cool....bus stop










Modennyer................












alamak 2 kali pulak!!!!!!!!!!!!!









Ini depan rumah ni!!!!!!!













Pak arab memang suka aircond~












Rajinnyer tanam rumput,sampai kat atas bumbung pun nak tanam.















Bolehlah tidur satu malam kat cni kalau tertinggal bas...hehe














Jangan keliru!!!!!!!!!!!












ADE internet kat ctu....












Datang bus stop,lepastu tangkap gambar...hehe












Mesti pereke di tu suka mimpi bangunan terbalik...hehe















Biasa jer!!!!!

















Ini lelaki sukalah!

















hehe.....unikkan(nak kahwin kat cn pun boleh kot.)



















simpson....






















Kolotnyer.......^^




















Bestnyer sambil tunggu bas boleh main buayan^^























ini lagi best!! ade air cond lagi.





Ini adalah BusStop di seluruh dunia!!!!!!!!!!!!!!
ok...semoga anda lebih tenang~^^
















































Friday, October 2, 2009

Kh4$ ~ Mu$iM P3P3riK$4aN...


e PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN e


1- Persediaan fizikal m

~ dapatkan tidur yang mengcukupi, 7-8 jam sehari

~ amalkan pemakanan yang seimbang; halal, berzat dan lazat

~ amalkan riadhah yang ringan; kira-kira selama 20 minit, 3 kali seminggu

~ sentiasa menjaga keselamatan diri dan berdoa agar dijauhkan dari kemalangan



2- Persediaan mental h

~ fikirkan perkara yang positif, kerana kita adalah apa yang kita fikirkan

~ lihat peperiksaan sebagai satu medium untuk memajukan diri



3- Persediaan emosi U

~ elakkan emosi terluka di saat akhir

~ sentiasa berusaha mengawal emosi

~ fikirkan bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

~ sekiranya gemuruh, tarik nafas dan selawat 3 kali

~ tingkatkan semangat, contohnya dengan mengatakan: "ANA BOLEH"

~ tukar situasi negatif kepada positif.

contohnya- menukarkan ejekan kepada suatu cabaran...



4- Persediaan rohani Y

~ solat lima wktu sehari semalam (jangan ditinggalkan)

~ solat hajat selalu

~ rajin berdoa

~ jaga -HUBUNGAN DENGAN ALLAH-

~ pohon restu ibu bapa





8

8


Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow