Wednesday, September 30, 2009

~j4uh! $4h4b4t 4nd4~ bY Kh0ul4..



Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:



  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.


  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.


  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya...

$4h4b4t.... bY Kh0ul4



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita...


kamu sentiasa layak diuji... bY Kh0ul4


Y~ AYAT AYAT CINTA~Y



Y"oh, novel itu sangat bagus. ini panduan bercinta menurut islam,"Y komen gadis-gadis islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El-Syirazy.



Y"ceritanya indah sekali. ana kepingin menjadi Fahri,"Y ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi kinanah itu.



mana mungkin Habiburrahman El-Shirazy, menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!!



saya merupakan salah seorang yang meminati novel-novel karya beliau. sungguh luar biasa. filemnya juga ditonton. bukan sekali, tapi dua.



tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. saya tidak jadi 'mabuk cinta' membaca bait ayat-ayat cinta. sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana itulah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.



sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya: "Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS.... SABAR dan IKHLAS itulah islam!"



ya, kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. mana mungkin seorang yang begitu bersih daripada menggauli manusia yang berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Noura?!



"Apa salah saya pada Allah?!" soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.



"Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!" bicara waras seorang manusia gila.



Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu 'sulit'. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas bahu hitam pada malam yang hitam pekat...





Cara-cara untuk mengambil hati sahabat^^



Y*Cintailah sahabat kita dan jadikanlah diri kita yang dicintai sahabat.Y

Y*Bersahabat dengan orang yang baik dan alim (berilmu). Selalu tersenyum.Y

Y*Selalu menunjukkan kegembiraan kita kepada mereka.Y

Y*Jika kita menyayangi seorang sahabat, tunjukkan bahawa kita menyayanginya. Psikologinya, sahabat kita itu akan mesra dengan kita.Y

Y*Bersama bergembira jika sahabat dalam kegembiraan dan bersama berduka jika sahabat dalam kedukaan.Y

Y*Selalu bertukar-tukar buah tangan atau cenderamata untuk mengeratkan kemesraan.Y

Y*Jika terdapat salah faham dengannya, cuba selesaikan seberapa segera. Ambil inisiatif untuk selalu bermaafan dan mengaku kesalahan diri.Y

Y*Kekalkan keramahan kita pada sahabat.Y

Y*Mengambil berat akan diri sahabat kita.Y

Y*Menjadikan diri kita dipercayai oleh sahabat.Y

Y*Mempercayai sahabat yang jujur.Y

Y*Elakkan tanda kemuraman dan tidak bersemangat.Y

Y*Elakkan sesuatu yang tidak dia sukai atau sesuatu yang boleh menyakiti hatinya.Y

*Cintai sahabat kita kerana Allah.

Sunday, September 27, 2009

Mari berpuasa 6




Kepada kawan-kawan yang dikenali marilah berpuasa enam,sebab puasa enam ni bukan selalu setahun sekali sahaja.

Memanglah susah nak berpuasa bulan syawal ni,banyak dugaan yang menimpakan.Ada rumah terbukalah,kawan ajak pusing kampung berayalah dan macam-macam lagi.Tapi semua itu hanya nafsu semata-mata.Ingat raya sepatutnya sehari bukan satu bulan.

Kalau di negara-negara di Timur Tengah raya kedua dah tiada raya-raya dah semua dah start puasa enam,di Malaysia sahaja lebih-lebih.

Banyak kebaikan puasa enam termasuklah dapat memulihkan kembali sistem penghadaman yang sudah tidak berfungsi dengan baik kerana kerap didera oleh tuan punya perut.

Selain itu berpuasa 6 juga pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun,itu mesti semua biasa dengarkan,yalah dah biasa dengar tapi tak adalah buat-buat juga.

Kalau cerita pasal puasa 6 mesti saya teringat seorang nenek yang sudah berusia,nenek saudara saya,dia akan start berpuasa 6 pada 2 syawal setiap tahun walaupun sudah berusia.Dari situ saya dapat rasa mengapa nenek yang sudah tua begitu bermotivasi untuk berpuasa sedangkan kita yang masih muda hanya berfikir hendak raya sampai sebulan.Fikir-fikirkanlah.....

Sampai sini sahajalah saya membebel,tak larat dah nak tulis....saya pun banyak kelemahan sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah.

Friday, September 25, 2009

Bersalam Dengan Sepupu Lelaki??????

Shakehand Pictures, Images and Photos

shakehand Pictures, Images and Photos


Di sekolah memang sudah diajar bahawa bersalam dengan lelaki yang bukan muhrim haram termasuklah sepupu-sepupu lelaki.

Tetapi kalau time raya ni tahu tahu jelah susah nak mengawal pergerakan tangan yang begitu lincah untuk bersalaman dengan manusia-manusia yang dikenali.

Kalau abang ipar kepada ayah atau ibu kita juga tak boleh bersalaman....haram atau membatalkan air wudhuk.

Masa saya bersalaman dengan pakcik dan sepupu saya adalah sepupu lelaki saya yang kurang sedikit ilmunya menghulur tangan untuk bersalaman, saya jadi serba salah samada hendak bersalam dengannya atau melapik tangan dengan tudung atau buat tidak tahu saja....dilema

Tak nak membesarkan masalah saya pun besalamlah dengan sepupu saya dengan alasan di dalam hati "nanti boleh ambil wudhuk lain",tapi bersalam dengan hujung jari jelah....

Lalu saya pun menceritakanlah rasa tidak puas hati kepada kakakku yang juga dilema sepertiku,

Kakakku teringat cerita Ustaz di sekolahnya yang begitu tegas pendiriannya terhadap hukum syarak,ustaz tersebut melapik tangannya dengan kain langsir apabila sepupu perempuannya menghulur tangan untuk bersalaman sambil berkata "inilah kali pertam dan terakhir ana salam dengan anti"......

Bila saya terdengar cerita kakak saya tu saya rasa sebersalah kerana tidak teguh pendirian tadi..

Mungkin lepas ni saya perlu lebih tegas terhadap hukum syarak yang mengharamkan kulit lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan.....TAKBIR!!!!!!!!!!!


Thursday, September 17, 2009

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

umaira Pictures, Images and Photos

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).


14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


Jilbab Cantik www.kerudungmanis.blogspot.com Pictures, Images and Photos

Tuesday, September 15, 2009

Rama-rama dan Wanita

muslimah Pictures, Images and Photos


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.




Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.


Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

 
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow