Showing posts with label post by khoula balqis. Show all posts
Showing posts with label post by khoula balqis. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

Khaulah adalah pejuang misteri itu...


Siapakah yang menerbangkan debu pasir,
dengan deruan kuda yang ditunggangnya,
Selendang yang menutupi wajahnya,
Menjadi pelindung hiasan indah dunia,
Halus jemarinya menghunus senjata,
Lembut tingkahnya bertukar perkasa...






Khaulah binti al-Azwar Al-Kindi seorang wanita yang berani, mempunyai sifat dan semangat pejuang yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Ayahnya Al-Azwar adalah seorang pahlawan yang terbunuh sewaktu mempertahankan rasulullah s.a.w..  Saudaranya pun adalah Dhirar bin Al-Azwar, seorang penunggang kuda yang terkenal. Khaulah dibesarkan di dalam keluarga mulia yang berani dan berwibawa. Maka tidak hairan jika sifat-sifat ini telah diwarisi oleh Khaulah.


Suatu hari khaulah telah keluar bersama saudaranya untuk menyertai tentera kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Khalid bin Al-Walid. Mereka sedang menuju Syam untuk menakhluki negara itu. Khaulah telah turut serta di dalam pertempuran itu.


Ketika pertempuran berlaku, panglima Khalid Al-Walid sedang memerhatikan seorang tentera berkuda yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Orangnya tinggi dan tiada apa yang kelihatan di wajahnya kecuali kedua matanya sahaja. Dia telah menutupi seluruh tubuhnya dengan kain hitam dan di kepalanya terdapat serban hijau yang dilabuhkan hingga ke paras dada. Dia selalu berada di hadapan, bertarung dengan cekap dan pantas di atas kudanya. Lagaknya seperti seorang lelaki yang melawan musuh dengan penuh keberanian. Dia siapa yang menyangka dia seorang wanita.


Khalid Berasa amat kagum dengan pejuang handalan itu. Dia bertanya kepada pejuang-pejuangnya, siapa gerangan penunggang kuda yang gagah berani itu. Khalid melihat pejuang berkuda itu menerkam tentera-tentera Rom ibarat api yang sedang membara dan merobohkan pertahanan musuh hingga tidak tersusun lagi pertahanan mereka.


Sejurus kemudian, lembaga itu hilang dari pandangan Khalid. Tidak lama selepas itu, dia muncul semula dalam kumpulan yang sedang bertempur itu dengan lembing di tangannya yang berlumuran darah, melawan terus askar-askar  musuh dengan begitu berani dan bersemangat. Khalid berasa kagum melihatnya. Hatinya berkata, entah berpa ramai askar Rom yang terkorban di tangan pejuang berkuda ini.


Pejuang berkuda itu menarik perhatian ramai. Salah seorang daripadanya ialah seoarang pejuang bernama Rafik yang menyangka si pejuang berkuda itu adalah panglima Islam, Khalid bin Al-Walid. Namun, apabila Khalid berada di hadapannya, barulah dia menyedari bahawa si pejuang berkuda itu bukanlah panglima Khalid Al-Walid. Lalu Rafik pun bertanya kepada Khalid, siapakah gerangan pejuang berkuda itu.


Berkata Khalid; "Demi Allah, aku pun dari tadi lagi memerhatikan pejuang berkuda itu. Aku sendiri tidak kenal, siapakah dia. Aku sungguh kagum dengan keberaniannya itu."


Rafik lalu berkata; "Sesungguhnya dia itu telah menjerumuskan dirinya ke dalam barisan askar-askar Roman dan terus menikam saja ke kanan dan ke kiri."


Kemudian Khalid memberi arahan; "Wahai kaum muslimin! Satukan pasukan kamu dan bantulah si pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!"


Dengan pantas, tentera-tentera Islam yang di pimpin oleh Khalid itu bergerak untuk membentuk satu pasukan dan mendekati pejuang berkuda itu. Pejuang itu berasa kagum dengan kerjasama yang diberikan dan terus bersemangat untuk terus menggempur askar-askar musuh itu.


Tentera Rom cuba mengejar pejuang itu daripada belakang. Tiba-tiba, pejuang itu berpatah balik dan menggempur mereka dengan kuat sehingga tentera-tentera Rom itu rebah satu persatu. Khalid dan tenteranya pula muncul dari belakang dan memberi tentengan yang begitu hebat sehingga semua tentera Rom dapat ditewaskan. pertempuran itu selesai dengan pihak islam mendapat kemenangan yang besar.


Apabila pejuang berkuda itu kembali ke barisan pejuang kaum Muslimin dengan seluruh tubuhnya berlumuran darah. Khalid al-Walid segera menyambutnya segera berkata : " Semoga Allah memberkati susu yang kau minum dari ibumu sebagai seorang pejuang yang mengorbankan darinya di jalan Allah dan menonjolkan keberaniaan di muka musuh! Siapa kau yang sebenarnya? Bukalah kain penutupmu itu!"


Pejuang itu berasa amat malu dan segera memalingkan tubuhnya. Seorang daripada pejuang Islam menyarankan agar dia memberitahu namanya, namun tiada kata-kata yang terluah daripada bibir pejuang bertopeng itu. Khalid hilang sabar seraya berkata, " Wahai pejuang, engkau telah menimbulkan kegalauan di pihak kaum Muslimin. Sungguh, aku juga sama seperti pasukanku. Adalah lebih baik andai engkau memberitahuku siapakah sebenarnya dirimu?"


Pejuang bertopeng itu mematikan langkahnya. Tangannya perlahan-lahan membuka hijab yang menutupi mukanya. Apabila tersingkap wajahnya di hadapan panglima tentera Islam, dia berkata, " Tiadalah aku melainkan seorang perempuan yang malu kepadamu, wahai Khalid al-Walid. Engkau adalah pemimpin tentera ini sedangkan aku hanyalah seorang wanita."


Terkedu Khalid. Rupa-rupanya pejuang bertopeng tersebut ialah seorang wanita!


"Siapakah namumu wahai wanita mulia?', soal Khalid.


"Namaku Khaulah binti Al-Azwar. Mulanya, aku bersama sekumpulan wanita sehinggalah datang khabar menyatakann saudaraku Dhirar ditawan oleh tentera musuh. Tiadalah tujuan lain keberadaanku di sini melainkan untuk membebaskan saudaraku itu." jawab Khaula, tegas dan yakin.


Mendengar jawapan Khaulah tersebut menyebabkan terbit rasa kekaguman dalam diri Khalid. Terharu atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh seorang perempuan, sanggup berdepan dengan maut semata-mata mahu menyelamatkan saudaranya. Khalid memuji-muji keberaniannya di hadapan tentera Islam.


" Kita akan menggempur tentera musuh sekali lagi. Marilah sama-sama kita berdoa agar saudara wanita dapat kita bebaskan atau kita meraih kemuliaan dengan syahid di jalan-Nya!"


Kemudian tentera muslim berkumpul dan menggempur saki-baki tentera Rom.  Amir Tufail berada di sebelah kanan Khalid al-Walid sedangkan Khaula berada di barisan hadapan. Khaula telah menghuru-harakan pertahan tentera Rom dengan serangannya yang bertubi-tubi.


Khaula terus bertempur dan bertempur. Pedangnya melibas ke kiri kanan, menetak sesiapa sahaja yang berada di laluannya. Sekali-sekala, dia akan keluar dari bulatan pertempuran, menoleh ke kanan dan kiri untuk mencari saudaranya. Namun, tidak kelihatan kelibat saudaranya itu.


Peperangan berterusan sehinggalah kemenangan berpihak kepada tentera Islam.


Sewaktu tentera muslimin sibuk mengumpulkan harta tinggalan perang, Khaula pula gelisah mencari saudaranya. Dia bertanyakan kepada setiap tentera tetapi tiada seorang pun yang melihat atau menjumpai saudaranya.


Khaula terduduk. Air mata mengalir deras di pipinya.


"Wahai abangku, dimanakah dikau? Di manakah mereka meninggalkanmu? Apakah mereka telah membunuhmu? Jika benar engkau telah tiada, di manakah terdamparnya mayatmu? Wahai abangku, adikmu disini datang untuk menebusmu! Adikmu berjanji akan memenggal leher-leher musuh demi membebaskanmu! Oh, apakah punya peluang untukku menatap wajahmu? Apakah kau juga mengikuti jejak ayah, yang syahid ketika mempertahankan baginda Rasulullah s.a.w? Andai begitu, sejahteralah ke atasmu dan moga kita bertemu di sana nanti."


Rintihan Khaula telah menarik perhatian kaum muslimin termasuklah Khalid.


Di dalam keadaan mereka yang sedang berduka itu, kelihatan sepasukan kecil tentera Rom mnuju ke arah mereka. Tentera Islam pun bergegas ke arah mereka dan mendekati mereka. Setelah mendekati mereka, didapati semua askar Rom itu tadi melucutkan peralatan perang mereka. Mereka telah menyerah kalah dan meminta perdamaian daripada pasukan Islam......







Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow