Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan daripada Suhayb radiallahu anh bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya;
" Di zaman sebelum kamu, ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; 'Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang ghulam (remaja) untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.'
Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya. Di perjalanan menuju kepada ahli sihir, terdapat seorang rahib (penganut agama yang zuhud dan memencilkan dirinya serta menghabiskan waktu dengan beribadat. Dalam hadith ini, rahib ini turut berperanan sebagai da'i yang memperjuangkan 'aqidah yang benar). Maka ngulam telah bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan begitu tertarik dengannya.
Setiap kali ngulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, maka dia dipukul lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib.
Rahib menjawab; 'Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah, keluargaku menyebabkan aku terlewat. Apabila kau takut kepada keluargamu, maka jawablah, ahli sihir menyebabkan aku terlewat.'
Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai.
Ketika itu, ghulam tersebut berkata: 'Pada hari ini, aku akan mengetahui siapakah yang lebih afdhal... Sama ada rahib atau ahli sihir!'
Maka dia mengambil seketul batu lalu berdoa: ' Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Engkau sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini agar orang ramai dapat lalu lalang.'
Dia pun melontarkannya, maka matilah binatang tersebut dan orang ramai pun dapat lalu lalang.
Ghulam menceritakan perkara tersebut kepada rahib.
Maka rahib berkata: 'Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdhal dariku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai pada satu peringkat. Kamu akan diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang diriku.'
Ghulam tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta semenjak lahir, sopak dan dia turut mengubati beberapa penyakit lain.
Seorang pembesar kerajaan yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah kemahiran ghulam. Beliau adalah seorang buta. Mendengar sahaja mengenai berita perihal ghulam, beliau lalu mendatanginya dengan membawa hadiah yang banyak.
Beliau berkata: 'Semua yang aku kumpulkan ini adalah untukmu, sekiranya kamu dapat menyembuhkan mataku.'
Ghulam berkata:' Aku tidak boleh menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Jika kamu beriman, aku akan berdoa kepadaNya, maka dia akan menyembuhkan kamu.'
Mendengar dakwah ini, pembesar ini pun beriman, maka Allah menyembuhkan penyakitnya. Apabila matanya sudah sembuh, beliau kembali mendatangi majlis raja. Beliau duduk disisi raja sebagai mana sebelumnya.
Raja berkata kepadanya:'Wahai fulan, siapkah yang telah mengembalikan penglihatanmu?!'
Beliau menjawab:' Tuhanku.'
raja bertanya lagi:' Apakah kamu mempunyai tuhan selain diriku?'
Beliau menjawab:'tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.'
Jawapan ini telah menyebabkan beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan mengenai ghulam. Maka ghulam pun dibawa mengadap.
Raja berkata kepadanya:' Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu telah sampai ke peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai lagi yang kamu lakukan.'
Ghulam menjawab:' Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.'
Maka dia pun diseksa. Dia terus menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib.
Maka rahib dipanggil lalu dikatakan kepadanya: 'Tinggalkan agamamu'.
Rahib enggan berbuat demikian. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah2 kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Kemudian dibawa si pembesar raja,
dan dikatakan kepadanya: 'Tinggalkan agamamu.' Dia enggan lalu digergaji kepalanya hinggalah tubuhnya terbelah dua.
Selepas itu, ghulam pula dibawa dan dikatakan padanya: 'Tinggalkan agamamu.' dia enggan lalu dia diserahkan pada sekumpulan tentera raja.
Raja berkata: 'pergilah kamu semua membawanya kebukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika ia meninggalkan agama nya, maka jangan apa-apakan dia, jika tidak, maka campakkanlah dia.'
Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.
ghulam pun berdoa: 'Ya Allah, selamatkanlah diriku dengan apa cara yang engkau sukai.'
Sebaik shaja berdoa, bukit itu telah bergoncang dan mereka yang membawanya terpelanting jatuh semuanya.Ghulam pun pulang untuk menemui raja.
Raja berkata kepadanya:' Apakah yang terjadi kepada orang2 yang membawamu?!'
Ghulam menjawab: 'Allah telah menyelamatkan diriku daripada mereka.' Ghulam kemudian dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain.
Raja memberi arahan: 'Pergilah kamu semua membawanya ke sampan, bawalah ghulam ini ke tengah lautan. jika dia meninggalkan agamanya, maka jangan apa2kan dia. jika tidak, campakkanlah dia ke laut.'
maka mereka pergi membawa ghulam. lalu dia berdoa: 'Ya Allah, selamatkanlah diriku dengan apa cara yang engkau sukai.'
Sebaik sahaja berdoa, sampan itu terbalik dan tentera pun tenggelan kesemuanya. ghulam pulang untuk menemui raja.
raja berkata kepadanya: 'apakah yang terjadi kepada orang2 yang membawamu?!'
dia menjawab: 'Allah telah menyelamatkan diriku daripada mereka.'
kemudian dia berkata kepada raja: 'Sesungguhnya, engkau tidak boleh membunuh aku sehinggalah engkau melakukan apa yang aku suruh.'
raja berkata: 'apakah perkara itu?!'
ghulam menjawab: 'Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, dan kamu salibkan au pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak panah daripada bekas pemanahku dan letakkannya pada busarnya. Selepas itu, sebutlah: 'Dengan nama Allah, tuhan ghulam.' dan panahilah aku. Sekiranya kamu melakukan yang demikian, kamu boleh membunuhku.
maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada batang pokok, kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan meletakkan pada busarnya lalu berkata: 'dengan nama Allah, tuhan ghulam.' sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut kene pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan tangan pada tempat terkene panah dan meninggal.
Orang ramai pun berkata: 'kami beriman dengan tuhan ghulam'.
Maka dikatakan kepada raja: 'Apaah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti?! Sesungguhnya demi Allah, ia telah menimpa tuanku. orang ramai semuanya telah beriman.' raja lalu memerintahkan supaya digali parit dan nyalakan api.
raja berkata: 'sesiapa yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.'
mereka pun melaksanakan perintahnya. Sehingga datang gilirang seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Ketika itu, bayinya berkata: 'Wahai ibu, bersabarlah. Sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran.'