sungguh cantik alunan rambutmu
bebas menggerbang kemas terikat
terserlah di bawah cahaya mentari
mentari dunia yang x sehebat neraka
iaitu api yang kan membakar rambutmu
di hari akhirat hari penentu
maka hanguslah segalanya
hilanglah cantik rambutmu
di hari akhirat hari penentu
maka hanguslah segalanya
hilanglah cantik alun rambutmu
tiada lagi yang menggerbang
tiada lagi yang terserlah
oleh itu jadikanlah dirimu
sebahagian dari wanita-wanita yang bertudung
wahai wanita yang bertudung
sungguh cantik alas kepalamu
ringkas pendek tersempang rapi
tersembul jambul tertutup dahi
terserlah lah bentuk tubuh
mengapa tidak dilindungi?
rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
tidakkah kau ingat
kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar
menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar
mereka itu wanita yang tidak bertudung
kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung
oleh itu jadikanlah dirimu
sebahagian daripada mereka yang bertudung
bertudung labuh hingga ke paras dada
wahai wanita bertudung labuh
sungguh cantik terlindung rambutmu
sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu
yang terzahir jelas gaya kesopananmu
mengaburi segala yang tersirat di hati
hanya diri sendiri menghakimi
mungkin suci ikhlas kerana Ilahi
atau berdebu dengan sebab duniawi
riak wajah nampak tawadhu'
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk
alangkah ruginya andai benar begitu
kerana azab masih tak terlepas darimu
serupalah sahaja dirimu ditunggu
diseksa tidak ubah seperti wanita tidak bertudung
sama dengan mereka yang menyempang tudung
oleh itu jadikanlah dirimu
sebahagian daripada mereka yang bertudung
bertudung labuh hingga ke paras dada
tersemat jua bersamanya rasa taqwa





1 comment:
wah.. sedap kata2 ni...moga dapat di sematkan dalam setiap jiwa2 wanita... Amin..
Post a Comment