Hari ini cuaca sejuk sekali. Sudah masuk musim sejuk. Tapi, tidaklah sampai mengganggu ibadah Sophia. Sophia sudah dapat membiasakan diri dengan cuaca di bumi kelahirannya, yakni United Kingdom.
Sophia yang biasa bangun qiam tidak menghiraukan kesejukan yang menusuk tubuhnya. Masa inilah Sophia mengambil kesempatan untuk memperbaiki hafazan Al-qurannya. Kehidupan di bumi Britain ini sangat sibuk. Langsung tidak ada masa untuknya beribadah panjang. Sebab itu, Sophia sanggup mengorbankan masa tidurnya semata-mata untuk beribadah sepuas-puasnya.
Pagi ini tidak seperti biasa. Niatnya untuk murajaah hafazannya tergendala. Sophia tidak menemui Al-quran tafsirnya. Seingatnya, dia letak di tempat biasa, iaitu di atas meja belajarnya. Tapi, tak ada pula hari ini. Dia cuba bertanya Qistina, teman sebiliknya yang masih di ulit mimpi.
“Al-quran? Adalah atas meja studi Phia itu.” Qistina yang masih mamai kerana dikejutkan awal dari biasa tidur semula. Sophia mengeluh hampa. Ya, Qistina adalah pelajar Malaysia tahun 3, kuliah jurusan komputer.
Sophia tidak mudah berputus asa, dia mencari di ruang tamu, dapur dan di bilik Maria dan Leesa. Tidak juga temui. Terlintas di fikirannya untuk masuk ke bilik Yoo Hie. Tapi, niatnya dibatalkan kerana dia yakin Yoo Hie tidak mungkin mengambil Al-qurannya. Ini adalah kerana, Yoo Hie adalah satu-satunya atheis di dalam rumah ini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sophia tiba di Eadweard Muybridge sedikit lewat. Tidak pernah dia berkelakuan begini. Apabila tiba di ‘scene of crime house’, Sophia segera mengetuk pintu. Kedengaran suara garau mengizinkannya masuk. Sekarang adalah masa kuliah prof. Eric Dalcon.
Pintu dikuak. “Forgive me, prof.” Sophia benar-benar rasa bersalah. Dingin sebentar. Semua pandangan tertumpu pada Sophia dan Prof. Eric. Siapa tak kenal prof yang paling tegas di Penrhyn Road ini. Prof Eric memang berdisiplin orangnya. Pantang pelajarnya lambat masuk kuliah, pasti akan diusir.
“First and last chance, Sophia! Now go to your group.” Sophia amat terkejut mendengarnya. Sophia mengukir senyuman. Terus menuju ke arah kumpulannya. Tidak mahu membuang masa.
Kuliah berakhir dengan sedikit sindiran untuk Sophia. Sekali lagi Sophia memohon maaf dan berjanji tak akan mengulanginya. Prof Eric hanya tersenyum. Nampaknya, hari ini mood prof. Eric baik. Bukan selalu dia membenarkan pelajar yang hadir lewat untuk mengikuti kuliahnya. Sophia dikira sungguh bernasib baik.
Pelajar sudah mula beredar. Selepas ini dia perlu menghadiri makmal pula. Segera mengemas buku-bukunya. Perutnya lapar dari tadi. Akibat lewat bangun, dia terlepas sarapan pagi. Masih ada 15 minit sebelum kuliah bermula. Sophia masih sempat ke kantin.
“Hi Sophia. You may borrow my note, if you want to.” Sophia menoleh ke arah suara itu. Berdiri di hadapannya dua orang mat saleh. Terukir senyum Sophia.
“Thanks Adam, but I can get a copy from Stella or Lindsay.” Adam, atau nama sebenarnya Adam Noah merupakan teman baik Sophia di kolej ini. Sejak dari tahun pertama lagi. Mat saleh di sebelahnya pula dipanggil Matt Simon. Mereka berdua memang sudah lama menyimpan hati dengan Sophia.
Adam Noah sangat memahami Sophia. Sebab itu, jika ingin berbual dengannya, dia akan membawa teman sekali. Agar Sophia tak berasa kekok untuk berbicara.
Peristiwa lama menjengah kembali. Pertemuan pertama Sophia dengan Adam Noah memenuhi kotak fikiran Sophia.
Cuaca semakin hari semakin sejuk. Salji turun menutupi bumi Britain. Matahari yang setia memancar langsung tak memberi kehangatan. Kesejukan yang benar-benar mencengkam tulang.
Hidangan coklat panas bersama sepinggan roti sandwiches tuna menghangatkan tubuh Sophia. Kali pertama dia menjejakkan kaki di Mollie’s Café, Surrey, hatinya sudah tertaut pada keenakan coklat panas di sini. Semenjak hari itu, Sophia sering mengunjungi café ini hampir setiap hujung minggu.
Selepas puas menikmati coklat panasnya, dia menuju ke kaunter pembayaran. Sophia melepasi sebuah meja makan. “This taste suck!” seorang pemuda mengangkat cawan kopinya ke udara, minta diganti yang lain. Tiba-tiba tangan pemuda itu melanggar lengan Sophia menyebabkan air kopinya tumpah. Mengenai blaus Sophia dan lengan pemuda tadi.
“Shit!” Dia mengibas tangannya yang sedikit melecur akibat tumpuhan kopi yang agak panas.
“I’m very sorry miss, are you all right?” pemuda tadi menunjukkan riak risau di wajahnya.
“I’m fine. I’m the one who supposed to apologies. I didn’t see you.” Sophia mengelap bajunya yang basah terkena kopi. Pemuda tadi mengangkat keningnya sebelah. Pelik.
“Either I miss heard you or you just said that you’re sorry..?”
“I’m sorry. That’s what I said just now.” tuturnya lembut. Pemuda itu tersengih. Lalu menyeluk kocek seluarnya, mencari sesuatu. Pemuda itu menghulurkan sehelai tisu pada Sophia, pantas Sophia menolak.
Segera meminta diri, langsung ke kaunter pembayaran. Sophia ingin segera pulang ke rumah sewanya. Nasibnya sedikit baik kerana dia memakai baju tebal hari ini. Tidaklah badannya melecur dek kopi panas itu.
Pemuda itu mengekori Sophia dengan matanya saja. Tak berkelip. Hingga Sophia hilang dari pandangannya. Pemuda itu mengeluh kecil. “She’s gorgeous!” teman di sebelahnya bersuara. Dia juga menyaksikan kejadian tadi.
“Yeah!” Pemuda tadi mengangguk-angguk. Sophia telah membuat hatinya tertaut. ‘Unfortunately, I didn’t know anything about her. Even her name!’ keluhnya.
Teman di sebelahnya menepuk-nepuk belakang pemuda itu. “You know what Adam, I kind of like her.” Pemuda yang dipanggil Adam, atau namanya Adam Noah memandang tajam ke arah temannya.
“Hey, chill man, it’s just a joke!” temannya mengangkat kedua tangannya sedikit.
Pertemuan kedua merekalah yang membuahkan ukhuwah hingga sekarang.
Hari ini merupakan hari pertama bagi pelajar tahun pertama memulakan pengajian mereka di Universiti Penryhn Road. Udara hari ini sejuk seperti biasa. Matahari memancar terang mencairkan timbunan salji di jalanan. Pagi yang indah!
Sophia berjalan perlahan memasuki bangunan Eadweard Muybridge. Hari ini juga merupakan hari pertama baginya. Berdebar juga rasanya. Sebelum kuliah pertama bermula, Sophia duduk sendirian di ‘reading garden’ bersebelahan dengan ‘Learning Resources Centre’ untuk meneliti jadual kuliahnya. Suasana di sini agak lengang.
“Hi, may I sit here?” satu sapaan menggetarkan gegendang telinga Sophia. Sophia memandang pemilik suara itu. Berkerut dahinya sebentar. Cuba mengingati wajah bersih itu.
“Don’t recognise me??? The coffee? in Mollie’s Café..?” Adam Noah cuba mengingatkan Sophia. Pelik juga Sophia, bagaimana mereka boleh bersua kembali. Adakah dia juga pelajar di sini? Hmm, kecil betul dunia ini.
“Oh, sure.” Terkoyak senyum Adam Noah, lalu melabuhkan punggungnya berhampiran Sophia. Kerana terlalu dekat, Sophia menganjak sedikit. Lalu mengalihkan tumpuannya pada kertas jadualnya semula.
Adam Noah menghulurkan secawan kopi kepada Sophia. Sophia ragu-ragu untuk mengambilnya. Menyebabkan Adam Noah ketawa kecil. “Just take it. It will not spill again,” Ketawanya masih berbaki. Sophia tersenyum, lalu mengambilnya.
“I’m Adam, Adam Noah. What’s yours?”
“Sophia, Areesa Sophia.”
“What a nice name. So, what course are you taking?”
“Emm, Forensic investigation.”
“Great! We’re in the same boat.” Sophia jadi tidak senang duduk. Dia tidak biasa berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram. Apatah lagi dengan orang yang asing baginya.
Menyedari keadaan Sophia, Adam Noah lantas meminta diri dan memohon maaf sekali lagi atas kejadian 2 hari yang lepas.
Sophia sedikit lega apabila melihat Adam Noah sedang bergerak menjauhinya. Tapi, hatinya senang berbual dengannya.
Adam Noah amat sederhana orangnya. Berbadan agak sasa, berpakaian sentiasa kemas, mukanya yang bersih serta matanya yang agak kebiru-biruan menambah ketampanan wajahnya.
Dan dari sinilah bercambahnya ukhuwah antara mereka.
**************************************************
To be continue......